Bekas ketua biskop gereja sertai politik


Desmond Davidson

Bolly Lapok (kanan) yang bersara pada 2017 mengumumkan menyertai parti pembangkang Parti Sarawak Bersatu. – Gambar The Malaysian Insight, 11 November, 2021.

BEKAS Ketua Biskop Gereja Anglikan Wilayah Asia Tenggara akan beralih ke dunia politik dengan menyertai parti pembangkang Parti Sarawak Bersatu.

Bolly Lapok yang bersara pada 2017 berkata untuk menamatkan perkhidmatan dan beralih ke dunia politik bukanlah satu pilihan.

“Selepas berkhidmat sebagai ketua biskop di Gereja Anglikan, saya dapati susah untuk terus bersara, sebaliknya berhasrat untuk menyumbang kepada masyarakat melalui politik,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Pada 3 November Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menarik semula darurat bagi Sarawak yang diisytiharkan pada 2 Ogos tahun ini.

Dalam satu kenyataan Istana Negara berkata perkenan yang diberikan oleh Agong adalah mengikut Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Penamatan darurat itu akan membuka jalan kepada PRN Sarawak ke-12 yang akan diadakan memandangkan tempoh kerajaan negeri tamat pada 6 Jun tahun ini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya itu. – 11 November, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen