4 kanak-kanak cedera periuk api meletup di Afghanistan


Hampir setiap bulan kejadian letupan bom buatan sendiri dan periuk api tinggalan perang dilaporkan berlaku di Afghanistan yang meragut banyak nyawa serta kecederaan sehingga menyebabkan kecacatan. – Gambar AFP 11 November, 2021.

EMPAT kanak-kanak cedera dalam kejadian letupan periuk api di barat wilayah Ghor, Afghanistan, lapor Xinhua.

Kejadian itu berlaku pada petang semalam ketika kanak-kanak berkenaan sedang membawa biri-biri mereka meragut rumput di kampung Tasarqi di pinggir wilayah Firoz Koah, kata pengerusi direktorat kesihatan wilayah Abdul Satar.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital dan seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius, katanya pada Khamis.

Hampir setiap bulan kejadian letupan bom buatan sendiri dan periuk api tinggalan perang dilaporkan berlaku yang telah meragut banyak nyawa serta kecederaan sehingga menyebabkan kecacatan, menurut Kementerian Pengurusan Bencana Afghanistan.  – Bernama, 11 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen