KETUA Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk menjual kira-kira AS$1.1 bilion saham syarikat kereta elektriknya selepas memberi petunjuk pada minggu lepas akan menjual 10 peratus sahamnya berdasarkan keputusan tinjauan pendapat Twitter.
Bagaimanapun penjualan dijangka dibuat pada 14 September, menurut dokumen yang difailkan pada Rabu, bermakna ia tidak didorong oleh hasil tinjauan.
Musk, manusia terkaya di dunia, menjual kira-kira 930,000 saham pada Isnin, berdasarkan pemfailan dengan pengawal selia kewangan Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa Amerika Syarikat.
Pada Sabtu, Musk meninjau lebih 62 juta pengikut Twitternya tentang sama ada harus jual 10 peratus saham Teslanya, bertegas beliau akan melakukan seperti yang dikatakan oleh warganet yang mengundi. Ramai mengundi “ya.”
Tinjauan pembuat kereta elektrik itu menyusuli cadangan Kongres AS untuk mengenakan cukai lebih tinggi kepada golongan kaya dengan menyasarkan saham, yang biasanya hanya dikenakan cukai apabila dijual.
Berikutan tinjauan pendapat itu, harga saham Tesla menjunam pada Isnin, bermakna usahawan berusia 50 tahun itu menjual sahamnya pada harga yang jauh lebih rendah berbanding jika beliau menjualnya sebelum membuat ciapan di Twitter.
Musk masih memegang lebih daripada 170 juta saham Tesla, menurut dokumen SEC, bernilai sejumlah AS$183 bilion pada harga penutup pada Rabu.
Pada Isnin, pengasas Tesla menggunakan 2.15 juta pilihan saham, membeli sekuriti pada AS$6.24 setiap satu - kurang daripada satu peratus berbanding nilai semasa mereka. – AFP, 11 November, 2021.
Komen