Mexico City cipta rekod dunia 'hotspot' Wi-Fi percuma


MEXICO City mencipta rekod dunia dengan menawarkan akses Wi-Fi percuma dengan ribuan pusat akses (hotspot)internet awam di seluruh ibu negara, umum Guinness World Records pada Rabu.

Penilai rasmi Carlos Tapia menyampaikan anugerah untuk kawasan paling banyak pusat akses - 21,500 - dalam rangkaian Wi-Fi tunggal bandar percuma kepada Datuk Bandar Mexico City Claudia Sheinbaum.

Akses Wi-fi tersebar di seluruh bandar yang luas dengan kira-kira 9 juta penduduk, terutamanya dalam pengangkutan awam, walaupun kadangkala rangkaian boleh menjadi tepu.

Apabila sekolah ditutup selama lebih setahun semasa pandemik Covid-19, beberapa pelajar beralih kepada perkhidmatan itu bagi mengikuti pembelajaran dalam talian.

Sheinbaum berkata tujuannya adalah untuk menjadikan akses percuma kepada semua, khususnya keluarga yang kurang bernasib baik tanpa sambungan internet di rumah. – AFP, 11 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen