Turki tangkap 311 sebab lancar ‘propaganda pengganas’


Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyeru semua rakyat bersatu padu selain memberi amaran sesiapa yang membantah akan menerima “hadiah berat.” – Gambar AFP, 29 Januari, 2018.

PIHAK berkuasa Turki telah mengkap 311 orang disyaki menyebarkan “propaganda keganasan” berhubung tindakan Ankara terhadap militan Kurdish di Syria, kata menteri dalam negerinya hari ini.

Kesemua mereka ditahan sejak bermulanya operasi terhadap militan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish dan Syria (YPG) pada 20 Januari lalu.

Ankara melihat YPG sebagai cabang “pengganas” daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah melancarkan pemberontakan terhadap Turki sejak 30 tahun lalu.

Malah PKK telah disenarai hitam sebagai organisasi pengganas oleh Ankara dan juga rakan sekutu dari Barat.

Operasi itu, yang membelakangi pemberontak Syria dengan pertolongan tentera darat dan udara Turki bertujuan untuk menghapuskan YPG dari bahagian utara Afrin di Syria, berdekatan sempadan Turki.

Walaupun kementerian dalam negeri tidak memberi maklumat lanjut, serbuan polis menunjukkan di seluruh negara itu, dari Izmir di Laut Aegean sehingga Igdir dan Van di sebelah timur Turki.

Kumpulan hak asasi acap kali meluahkan kebimbangan mengenai kebebasan bersuara di Turki. Manakala Human Right Watch minggu lalu mengkritik Ankara sebagai “tak dapat terima kritikan.”

Antara yang ditangkap adalah wartawan termasuk penulis dan aktivis Nurcan Baysal, yang kemudiannya dibebaskan pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyeru semua rakyat bersatu padu selain memberi amaran sesiapa yang membantah akan menerima “hadiah berat.”

Sementara itu, jurucakap Erdogan Ibrahim Kalin telah pun menyeru orang awam dan media supaya berhati-hati dengan “penipuan, kepalsuan, dan berita provokatif, gambaran dan juga gosip.”

Pihak berkuasa percaya ada penyebaran berita yang tidak tepat terutamanya di media sosial yang menggunakan gambar yang telah “dimanipulasi” atau diambil dari konflik lain tetapi digambarkan sebagai operasi yang sedang berlangsung. – AFP, 29 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen