PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1, Felda Chini 3 bermula Jumaat


Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Felda Chini 3, Pekan, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) bermula dari 12 hingga 25 November ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2021.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Felda Chini 3, Pekan, Pahang bermula dari 12 hingga 25 November ini. 

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan. 

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata tiada pelanjutan dan penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara hari ini. – Bernama, 10 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen