SEORANG lelaki Australia berjaya mengelak dari dimamah buaya besar dengan menikamnya berulang kali di kepala menggunakan pisau poket selepas diheret binatang itu ke dalam sungai, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.
Pegawai hidupan liar berkata lelaki berusia 60 tahun itu “bernasib baik kerana masih hidup” selepas serangan menakutkan di tebing sungai terpencil di semenanjung Cape York di utara Australia.
“Ada usaha, dia bernasib baik terlepas daripada cengkaman seekor buaya sepanjang empat hingga empat setengah meter. Susah sekali untuk berlaku kejadian seperti itu,” kata Matt Brien dari jabatan alam sekitar Queensland.
Lelaki itu memancing di tanahnya minggu lalu berhampiran Hope Vale, kira-kira lima jam dari Cairns. Dia kemudiannya menghalau seekor lembu jantan dari tebing sungai supaya dia boleh ambil alih tempat itu.
Kemudian, buaya itu menyerang.
“Dia cerita semula apabila melihat buaya itu beberapa saat sebelum ia diserang, menyebabkannya terjatuh ketika hendak melontar pancingnya,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Dia kemudian cengkam dahan pokok bakau dalam cubaan terdesak untuk keluar dari sungai ketika rahang buaya itu mencengkam butnya. Tetapi dengan cepat ditarik ditarik masuk ke sungai.
“Lelaki itu berkata ketika dia masuk ke dalam air, dia berjaya keluarkan pisau dari tali pinggangnya dan menikam buaya itu di kepala sehingga melepaskannya.”
Lelaki itu kemudiannya bergegas menaiki tebing untuk melarikan diri daripada pemangsa itu.
Selepas rawatan kecemasan di Hospital Cooktown, dia kemudian diterbangkan ke Hospital Cairns di mana dia sedang pulih seminggu kemudian.
Jurucakap jabatan kesihatan berkata dia berada dalam keadaan “stabil”. – AFP, 10 November, 2021.
Komen