Selesema burung di Jepun, hampir 143,000 ayam dihapuskan


Berikutan selesema burung dikesan di sebuah ladang, wilayah Akita terus sekat penghantaran ayam, telur dari ladang terjejas manakala anggota tentera dikerah membantu tangani perkara itu. – Gambar EPA, 10 November, 2021.

SELESEMA burung telah dikesan di sebuah ladang ternakan ayam di wilayah Akita, timur laut Jepun, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News pada Rabu. 

Hampir 143,000 ekor ayam akan disembelih selepas 12 daripada 13 ayam yang diuji di ladang di wilayah Yokote didapati dijangkiti selesema burung.

Menurut kerajaan wilayah itu menyekat penghantaran ayam atau telur dari ladang yang terletak dalam radius 10 kilometer dari ladang yang terjejas manakala anggota tentera telah dihantar untuk membantu menangani isu itu. 

Perdana Menteri Fumio Kishida juga telah menggesa maklumat dikumpulkan serta mengarahkan kementerian ladang dan agensi kerajaan lain untuk bekerjasama mengambil langkah pencegahan menyeluruh secepat mungkin. – Bernama, 10 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen