Pemenang Hadiah Nobel Malala umum pernikahan


Pemenang Hadiah Nobel Keamanan Malala Yousafzai, 24, semalam umum pernikahannya dengan Asser Malik di Birmigham, England. – Gambar Twitter, 10 November, 2021.

PEMENANG Hadiah Nobel Keamanan Malala Yousafzai, yang terselamat selepas ditembak di kepala pada 2012 kerana memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan, melangsungkan perkahwinannya semalam.

Berita gembira itu diumumkan Malala di Twitter, serta mengongsikan gambar beliau bersama suaminya Asser Malik. Pasangan mempelai itu dinikahkan di Birmigham, England.

“Hari ini merupakan hari paling bermakna dalam hidup saya. Asser dan saya diijabkabulkan sebagai  pasangan seumur hidup.

“Majlis pernikahan kami diadakan secara kecil-kecilan di rumah saya di Birmingham bersama keluarga kami. Doakan kami. Kami begitu teruja melayari kehidupan bersama,” tulisnya.

Semasa usianya 15 tahun, Malala ditembak di kepala oleh anggota Taliban ketika berada dalam bas sekolah di Lembah Swat, Pakistan pada 2012. Malala pulih daripada kecederaan beberapa bulan kemudian selepas berhijrah ke Britain bersama keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Buku memoirnya “I am Malala” diterbitkan pada 2013.

Beliau menang anugerah Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2017, bersama Kailash Satyarthi yang juga pejuang hak kanak-kanak dari India.

Malala menamatkan pengajian di Universiti Oxford tahun lalu dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi.

Kini berusia 24 tahun, Malala masih memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan menerusi penubuhan Dana Malala dan menyalurkan AS$2 juta ke Afghanistan.

Beliau juga telah menandatangani perjanjian dengan Apple TV+ untuk menerbitkan drama dan dokumentari berkenaan wanita dan kanak-kanak. – AFP, 10 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen