Lithuania isytihar darurat di wilayah sempadan Belarus 


Perdana Menteri Lithuania Ingrida Simonyte berkata perintah darurat itu akan dikenakan selama sebulan dan mungkin dilanjutkan jika keadaan memerlukan.– Gambar EPA, 10 November, 2021.

PARLIMEN Lithuania pada Selasa mengisytiharkan darurat di wilayah sempadannya dengan Belarus, pertama kali sejak negara itu mencapai kemerdekaan, lapor Xinhua.

Perintah darurat yang dijangka berkuat kuasa pada Rabu sebagai tindak balas kepada ratusan pendatang yang cuba memasuki Poland dari Belarus, mencetuskan pertikaian dengan pasukan keselamatan Poland pada Isnin, menurut media tempatan LRT.

Darurat itu akan dikuat kuasa di seluruh sempadan dengan Belarus dan lima kilometer ke pedalaman, serta di kemudahan penginapan migran di Kybartai, Medininkai, Pabrade, Rukla dan Vilnius.

Menurut Perdana Menteri Ingrida Simonyte, perintah darurat itu akan dikenakan selama sebulan dan mungkin dilanjutkan jika keadaan memerlukan. – Bernama, 10 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen