PENYANYI rap Travis Scott berikrar akan menampung kos pengebumian lapan mangsa yang maut dalam tragedi Festival Astroworld di Texas 5 November lepas, lapor media hari ini memetik kenyataan wakilnya.
Kira-kira 50,000 penonton hadir pada festival itu, lapan termasuk dua remaja di bawah umur 18 tahun maut selepas insiden rempuhan berlaku manakala puluhan lagi dimasukkan ke hospital termasuk lima kanak-kanak, lapor Sputnik.
Penyanyi itu juga akan membantu mereka yang terjejas akibat insiden itu termasuk bekerjasama dengan portal dalam talian BetterHelp untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan mental secara percuma, menurut CNN.
Selain itu, pihak penganjur juga akan membayar balik harga tiket kepada semua pemegang tiket untuk konsert pada Jumaat dan yang dibatalkan pada Sabtu. – Bernama, 9 November, 2021.
Komen