Menteri pertahanan Peru umum letak jawatan


Menteri Pertahanan Peru Walter Ayala Gonzales mengumumkan peletakan jawatannya sekali gus menjadi menteri kedua yang meletakkan jawatan sejak November. – Gambar fail AFP, 9 November, 2021.

MENTERI Pertahanan Peru Walter Ayala Gonzales mengumumkan peletakan jawatannya sekali gus menjadi menteri kedua yang meletakkan jawatan sejak November, lapor Sputnik.

“Saya menyerahkan jawatan saya kepada presiden republik ini yang juga Panglima Turus Angkatan Tentera sambil mengucapkan terima kasih kepada negara dan demi menjalankan tanggungjawab saya kepada tanah air” katanya menerusi Twitter, memetik akhbar El Comercio hari ini.

Menurut akhbar Peru, Presiden Pedro Castillo meminta Ayala meletakkan jawatan dalam satu mesyuarat tertutup pada Isnin.

Ayala juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan di tengah-tengah kritikan susulan perubahan terbaru yang berlaku dalam Angkatan Tentera Peru.

Minggu lepas, Menteri Dalam Negeri Luis Barranzuela turut meletak jawatan selepas media melaporkan beliau menganjurkan keraian di rumahnya, ketika larangan mengadakan sebarang majlis berikutan sekatan Covid-19. – Bernama, 9 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen