LAPAN puluh lima daripada sekurang-kurangnya 115 mangsa letupan lori tangki bahan api di pusat bandar Sierra Leone, Freetown pada malam Jumaat lalu selamat dikebumikan semalam, lapor AFP.
Presiden Sierra Leone Julius Maada Bio turut hadir pada majlis pengebumian.
Ribuan orang berbaris di tepi jalan ketika kesemua 85 jasad itu dibawa ke kawasan perkuburan di luar bandar Freetown, di mana mangsa wabak Ebola dikebumikan.
Jumaat lalu, sebuah lori tangki bahan api bertembung dengan sebuah trak di stesen minyak, menyebabkan satu letupan besar.
Api kemudian merebak, membakar orang di dalam kereta dan di jalan raya berhampiran, kata saksi.
Seramai 91 orang cedera, kebanyakannya parah, menurut agensi pengurusan bencana negara itu. – 9 November, 2021.
Komen