Mayat ditemukan di tapak pendaki Perancis hilang di Nepal


Cuaca buruk menghalang usaha mencari tiga pendaki Perancis yang cuba menawan Mingbo Eiger, malah menurut rakan pasukan, mereka dipercayai tertimbus di bawah kedalaman salji sebesar bangunan lima tingkat. – Gambar EPA, 8 November, 2021.

PASUKAN mencari dan menyelamat tiga mayat di sudut terpencil di Himalaya di Nepal pada Isnin, berhampiran tempat tiga pendaki Perancis hilang bulan lalu.

Kumpulan itu cuba mendaki Mingbo Eiger, puncak setinggi 6,000 meter berhampiran Gunung Everest, dan kali terakhir didengar melalui telefon satelit dari kem mereka pada 26 Oktober.

Cuaca buruk menghalang usaha mencari malah seorang ahli pasukan yang cuba mencari mereka minggu lalu berkata mereka mungkin tertimbus di bawah kedalaman salji sebesar bangunan lima tingkat.

Inspektor polis Rishi Raj Dhakal memberitahu AFP tiga mayat telah ditemui di kawasan pencarian oleh pemandu arah tempatan tetapi masih terlalu awal untuk mengesahkan identiti mereka.

“Helikopter bersama pasukan penyelamat pemandu gunung profesional telah dihantar untuk membawa mayat tersebut,” tambahnya.

Tiga pendaki muda—Thomas Arfi, Louis Pachoud dan Gabriel Miloche—adalah sebahagian daripada ekspedisi lapan orang. Mereka telah berpecah kepada dua kumpulan untuk menawan kemuncak yang berbeza.

Pendaki itu kelihatan meninggalkan percubaan mendaki puncak dan berpatah balik apabila runtuhan salji melanda.

Sejak pandemik Covid-19 mereda, para pendaki mula kembali ke Nepal.

Negara Himalaya dengan 30 juta penduduk itu dibuka semula kepada pelancong pada September selepas membatalkan keperluan kuarantin untuk warga asing yang diberi vaksin. – AFP, 8 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen