SEBANYAK 10 isu saintifik utama berkaitan pembangunan masyarakat manusia 2021 diumumkan pada Forum Pembangunan Sains dan Teknologi Dunia ketiga.
Memfokuskan pada Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030, 10 isu saintifik utama yang disenaraikan itu merangkumi ekologi, rawatan dan maklumat perubatan, lapor Agensi Berita Xinhua.
Ia termasuk cara untuk mewujudkan kitaran ekonomi berasaskan alam semula jadi untuk mencapai pengeluaran dan penggunaan yang lestari, agar memberi manfaat kepada manusia dan bumi, cara menggunakan data dan teknologi maklumat untuk membantu mengawal dan mengurangkan pandemik global dan bagaimana revolusi digital mengubah model pembangunan lestari dan masyarakat.
“Memilih dan menerbitkan 10 isu saintifik utama akan membantu meningkatkan pertukaran saintifik dan teknologi global, menghimpun kepintaran dan kekuatan saintis global, dan menggalakkan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari PBB,” kata Guo Huadong, antara jurucakap dan ahli akademik di Akademi Sains China.
Para saintis daripada lebih 10 negara dan wilayah, termasuk China, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada, mengambil bahagian dalam memilih isu-isu itu.
Bertemakan “Keterbukaan, Amanah, Kerjasama,” forum itu diadakan di Beijing pada Sabtu. – Bernama, 8 November, 2021.
Komen