Jepun buka sempadan kepada pengembara perniagaan, pelajar


Media tempatan melaporkan sekitar 370,000 individu sedang menunggu untuk memasuki Jepun. – Gambar AFP, 8 November, 2021.

JEPUN hari ini mula membuka semula sempadannya kepada pengembara perniagaan, pelajar asing dan pemegang visa lain.

Kementerian Luar negara itu berkata pengembara perniagaan yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 kini hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari berbanding sepuluh yang diwajibkan sebelum ini.

Media tempatan melaporkan sekitar 370,000 individu sedang menunggu untuk memasuki Jepun.

Pengembara dari Trinidad dan Tobago, Peru, dan Venezuela dilarang masuk ke negara itu kerana disenaraikan sebagai berisiko tinggi Covid-19.

Angka jangkitan harian Covid-19 di Jepun turun mendadak daripada lebih 25,000 kes sehari pada Ogos kepada hanya 200 kes. Jumlah kematian akibat virus itu pula cuma sekitar 18,000 kes setakat ini.

Sebanyak 73% daripada 126 juta penduduk negara itu lengkap vaksinasi Covid-19. – AFP, 8 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen