Iran lancar latihan ketenteraan di perairan Teluk Oman


Latihan ketenteraan Iran itu dijalankan kurang sebulan sebelum rundingan nuklerar dengan blok Barat disambung semula. – Gambar AFP, 8 November, 2021.

TENTERA Iran semalam melancarkan latihan tahunan di perairan Teluk Oman, merangkumi kawasan lebih satu juta kilometer persegi di Selat Hormuz.

Latihan dijalankan kurang sebulan sebelum rundingan nuklerar dengan blok Barat disambung semula.

Media tempatan melaporkan latihan ketenteraan itu melibatkan jet pejuang, helikopter, pesawat pengangkutan tentera, kapal selam dan dron. 

“Latihan ini amaran serius kepada musuh Iran dan yang mempunyai niat jahat terhadap kami,” menurut jurucakap tentera, Laksamana Mahmoud Moussavi, dipetik agensi berita Irib.

Latihan dijalankan ketika ketegangan memuncak antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) sejak sbekas Presiden Donald Trump umum menarik diri daripada perjanjian nuklear pada 2015. – AFP, 8 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen