Biden kutuk serangan dron di kediaman PM Iraq


Presiden AS Joe Biden mengutuk sekera-kerasnya serangan dron yang menyasarkan kediaman Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhemi semalam. – Gambar EPA, 8 November, 2021.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengutuk serangan dron yang menyasarkan kediaman Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhemi semalam.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang menyasarkan kediaman Perdana Menteri Iraq (Mustafa) al-Kadhemi.

“Saya lega beliau tidak cedera dan saya puji kepimpinannya yang meminta semua pihak bertenang demi untuk melindungi institusi negara serta mengukuhkan demokrasi rakyat Iraq,” katanya dalam kenyataan.

Khademi terselamat daripada cubaan membunuhnya dalam kejadian serangan dron yang mensasarkan kediamannya di Baghdad pada pagi semalam. Serangan berlaku ketika ketegangan politik yang memuncak berhubung keputusan pilihan raya 10 Oktober lalu.

Sehingga kini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Biden dalam pada itu berkata AS sedia menawarkan semua bantuan yang wajar kepada pasukan keselamatan Iraq. – AFP, 8 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen