Enam maut letupan lombong Kazakhstan


Kemalangan lombong boleh dikatakan perkara biasa di negara bekas jajahan Soviet itu disebabkan oleh amalan keselamatan yang lemah dan infrastruktur yang ketinggalan zaman. – Gambar AFP, 7 November, 2021.

ENAM pekerja maut manakala dua lagi kritikal pada Ahad selepas letupan metana di lombong ArcelorMittal di Kazakhstan, kata syarikat dan kementerian kecemasan.

Letupan mengejut berlaku pagi Ahad di lombong arang batu Abaiskaya yang dikendalikan oleh ArcelorMittal Temirtau, syarikat gergasi keluli Kazakhstan di wilayah perindustrian Karaganda.

64 pekerja berada di lombong ketika letupan itu, dan 56 berjaya melarikan diri.

“Enam orang maut (dan) dua cedera,” kata kementerian kecemasan dalam satu kenyataan.

ArcelorMittal berkata, kemalangan itu berlaku kerana ledakan gas dan arang batu.

Tambah syarikat itu berkata dua pekerja yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Sebuah suruhanjaya kerajaan yang diketuai oleh Menteri Kecemasan Yury Ilyin telah dihantar ke tempat kejadian.

Kemalangan lombong boleh dikatakan perkara biasa di negara bekas jajahan Soviet itu disebabkan oleh amalan keselamatan yang lemah dan infrastruktur yang ketinggalan zaman. – AFP, 7 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen