BEKAS vokalis dan pengasas kumpulan reggae British UB40, yang terkenal pada 1980-an dengan lagu seperti “Red Red Wine” dan “Can’t Help Falling In Love” telah meninggal dunia pada usia 64 tahun, menurut kumpulannya.
Terence Wilson - yang menggunakan nama pentas Astro, membuat persembahan dengan UB40 sehingga 2013, sebelum beliau membentuk kumpulan lain.
“Kami benar-benar sedih, kecewa untuk beritahu anda Astro kesayangan kita hari ini telah meninggal dunia selepas sakit,” kata kumpulannya sekarang, UB40 menampilkan Ali Campbell dan Astro, di Twitter lewat Sabtu.
“Dunia tidak akan pernah sama tanpa beliau.”
Bekas kumpulannya mengesahkan berita itu, berkata Wilson meninggal dunia selepas “sakit yang singkat”.
Lagu cover “Red Red Wine” oleh Neil Diamond antara penyebab mereka terkenal, dengan kumpulan itu telah menjual lebih 100 juta rekod.
Mereka juga masih memegang rekod itu—dikongsi dengan Madness—untuk kebanyakan minggu dalam carta perseorangan UK pada 1980-an.
Berasal dari bandar Birmingham, British Midlands, kumpulan itu mengalami gelombang ketidakpuasan hati terhadap status quo ekonomi dan politik, dengan nama mereka merujuk kepada borang yang diberikan kepada rakyat yang menuntut faedah pengangguran.
Drummer Jimmy Brown memberitahu Guardian tahun ini kumpulan itu telah pun berada di bawah pengawasan perisikan British.
“MI5 mengintip telefon kami, awai rumah kami, macam-macam,” katanya. “Kami tidak rancang revolusi, tetapi jika revolusi itu berlaku, kami tahu dengan siapa kami akan sokong.” – AFP, 7 November, 2021.
Komen