SEKURANG-KURANGNYA 19 orang terbunuh dan tiga cedera pada Sabtu dalam kemalangan di lebuh raya yang menghubungkan Mexico City dengan Puebla, kata pihak berkuasa.
Nahas berlaku pada tengah hari apabila sebuah lori kargo merempuh beberapa kenderaan di pondok tol di lebuh raya itu. Beberapa kenderaan terbakar selepas kemalangan tersebut.
“Ketika melintasi pondok tol, lori itu mengheret enam kenderaan, menyebabkan 19 orang maut dan 3 cedera. Antara Pemandunya antara yang maut,” kata pihak berkuasa lebuh raya persekutuan, Capufe, dalam satu kenyataan.
Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital, kata kenyataan itu.
Capufe juga berkata ia sedang berusaha untuk mengeluarkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. Bahagian lebuh raya itu telah ditutup kepada lalu lintas.
Lebuh raya sepanjang 110 kilometer itu digunakan oleh sejumlah besar trak kargo. – AFP, 7 November, 2021.
Komen