Gengster, mafia Itali dijatuhi hukuman penjara


Mahkamah Itali menjatuhkan hukuman terhadap 70 gengster paling berpengaruh di negara itu, menerusi perbicaraan besar sejak tempoh tiga dekad lalu. – Gambar EPA, 7 November, 2021.

ITALI menjatuhkan hukuman terhadap 70 gengster paling berpengaruh di negara itu, kumpulan jenayah terancang Ndrangheta, dalam satu perbicaraan mafia paling besar dan sukar, dalam tempoh sejak tiga dekad.

Hakim Claudio Paris membacakan keputusan dan hukuman terhadap 91 defendan di bilik mahkamah yang besar di Calabrian, Lamezia Terme.

Walapun 355 individu masih belum selesai prosiding bicara yang dijangka mengambil masa dua tahun, mereka yang dijatuhi hukuman semalam, memilih untuk perbicaraan pantas.

Prosedur itu yang dijalankan secara tertutup, membolehkan hukuman ketiga yang dikenakan terhadap mereka diketepikan, jika disabitkan bersalah.

Sejak Januari, bilik mahkamah khas digunakan untuk mengadakan perbicaraan besar membabitkan ratusan suspek yang ada kaitan dengan ‘Ndrangheta, kumpulan mafia paling kaya dan berkuasa di negara itu.

Pendakwa raya anti mafia Nicola Gratteri – di mana usahanya untuk menewaskan ‘Ndrangheta menyebabkan beliau terpaksa hidup dilindungi dan diiringi polis selama lebih 30 tahun.

“Daripada 91 defendan, 70 disabitkan bersalah,” kata Gratteri kepada agensi media AdnKronos, menambah mereka yang dibebaskan hanya berperanan kecil dalam kumpulan mafia itu.

Sesetengah ahli kumpulan itu yang berbahaya dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun. – AFP, 7 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen