SEKURANG-kurangnya lapan orang maut manakala berpuluh lagi cedera akibat berasak-asak semasa festival muzik Astroworld di Texas, Amerika Syarikat (AS) semalam, kata pihak berkuasa.
Ketua Bomba Houston Samuel Pena berkata kejadian berlaku pada jam 9 malam, ketika orang ramai mula berhimpit di pentas semasa penyanyi rap Travis Scott sedang membuat persembahan.
Seramai 50,000 orang hadir pada festival itu, kata Pena.
“Keadaan menjadi panik dan beberapa orang cedera, malah ada yang pengsan.
“Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan meninggal dunia, manakala berpuluh lagi cedera,” katanya pada sidang media, menambah punca kematian masih masih disiasat.
Menurutnya, 17 orang sedang dirawat di hospital dan 11 daripada mereka mengalami serangan jantung.
Polis Houston pada sidang media sama berkata festival berkenaan dihentikan serta-merta dan tidak akan dilanjutkan hari ini. – AFP, 6 November, 2021.
Komen