Seorang maut dalam tunjuk perasaan di Iraq


Penunjuk perasaan Iraq memegang bendera semasa demonstrasi menentang keputusan pilihan raya bulan lalu, berhampiran pintu masuk ke Zon Hijau di Baghdad semalam. – Gambar AFP, 6 November, 2021.

SEORANG penunjuk perasaan terbunuh dan lebih 100 cedera semalam dalam pertempuran antara polis dan penyokong pro-Iran yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pilihan raya bulan lepas, kata sumber perubatan dan keselamatan.

Sayap politik dalam jaringan kumpulan separa tentera Hashed al-Shaabi yang pro-Iran menyaksikan jumlah kerusi Parlimen yang dimiliki berkurangan dengan ketara dalam pilihan raya itu dengan itu dengan penyokong kumpulan itu menyifatkannya sebagai penipuan.

Pada Jumaat ratusan penyokong Hashed berhimpun di Baghdad berhampiran Zon Hijau, sebuah daerah keselamatan tinggi yang menempatkan kedutaan AS, bangunan kerajaan dan suruhanjaya pilihan raya.

Penunjuk perasaan daripada kumpulan yang setia kepada Hashed melemparkan peluru dan menyekat akses ke Zon Hijau, kata tiga pihak sebelum mereka ditolak oleh polis yang melepaskan tembakan ke udara, menurut sumber keselamatan yang enggan dikenali.

“Seramai 125 orang cedera di mana 27 daripadanya adalah orang awam dan bakinya adalah anggota keselamatan,” kata Kementerian Kesihatan Iraq.

Kemudian menurut sumber keselamatan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata seorang penunjuk perasaan cedera parah dan meninggal dunia di hospital.

Sebelum ini beberapa saluran pro-Iran menerusi aplikasi Telegram berkata polis melepaskan tembakan secara langsung ke arah penunjuk perasaan.

“Dua penunjuk perasaan terbunuh,” kata seorang ketua Briged Hizbullah, salah satu puak Hashed yang paling berkuasa kepada AFP yang mahu namanya dirahsiakan.

Tetapi kementerian kesihatan berkata tiada peluru hidup dilepaskan dan menegaskan kebanyakan mereka yang cedera mengalami kecederaan ringan. – AFP, 6 November. 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen