Selangor lapor 1,075 kes baharu Covid-19


Hailey Chung Wee Kye

Secara keseluruhannya, 4,922 kes baharu Covid-19 dilapor semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Malaysia sebanyak 2,497,265. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 November, 2021.

SELANGOR terus merekodkan kes Covid-19 harian tertinggi semalam dengan 1,075 kes, lapor Kementerian Kesihatan.

Ia adalah jumlah terbesar di kawasan Lembah Klang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merekodkan 1,313 kes.

Kuala Lumpur melaporkan 201 kes baharu dan Putrajaya dengan 37 kes semalam.

Sementara itu, Sabah merekodkan 554 kes, diikuti Sarawak (496), Johor (405), Kelantan (398), Kedah (297), Pahang (267), Perak (258), Terengganu (238), Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (227), Melaka (201), Perlis (22), dan Labuan (19).

Secara keseluruhannya, 4,922 kes baharu Covid-19 dilapor semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Malaysia sebanyak 2,497,265.

Setakat tengah malam tadi, 66,240 kes Covid-19 masih aktif.

Kes aktif menurun ke bawah 70,000 sejak minggu lepas, dengan 549 pesakit masih berada di dalam unit rawatan rapi, 282 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, 51,406 kes menjalani kuarantin di rumah, 8,698 berada di pusat kuarantin risiko rendah dan 5,587 menerima rawatan di hospital. – 6 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen