KKM lapor 47 kematian baharu Covid-19


Hailey Chung Wee Kye

MALAYSIA mencatatkan 47 kematian baharu Covid-19 semalam dengan kesemuanya adalah kes tertunggak yang berlaku sebelum 4 November, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Negara ini kini merekodkan 29,202 kematian sejak wabak bermula.

Menurut data mentah GitHub KKM, empat dilaporkan meninggal dunia di luar hospital.

Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari kejadian ditambah kes yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19 selepas siasatan dibuat.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian tertinggi untuk hari keenam berturut-turut iaitu sebanyak 16 kes.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kematian baharu ialah Johor (6), Selangor dan Kuala Lumpur (5), Terengganu (4), Kedah (3), Kelantan, Pahang dan Perak (2), serta Melaka dan Sabah (1).

Tiada kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Purata nasional bagi kematian akibat koronavirus ialah 18 bagi setiap sejuta penduduk dengan Sarawak mendahului carta pada 48 kematian bagi setiap sejuta orang. – 6 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen