Rampasan kuasa Sudan 'sangat mengganggu', kata majlis hak asasi PBB


Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB menggesa "pemulihan segera" kerajaan awam dan meningkatkan pemantauan hak asasi selepas Jeneral Abdel Fattah al-Burhan membubarkan kerajaan minggu lalu. – Gambar EPA, 5 November, 2021.

KETUA hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyifatkan pengambilalihan tentera di Sudan baru-baru ini sebagai sesuatu yang “sangat mengganggu”, menggesa diplomat di Geneva “mengambil tindakan sewajarnya” untuk tingkatkan pemantauan.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengadakan sesi khas membincangkan draf resolusi yang dibentangkan oleh Britain, Jerman, Norway dan Amerika Syarikat mengutuk rampasan kuasa itu.

Resolusi itu menggesa “pemulihan segera” kerajaan yang dipimpin oleh orang awam dan meningkatkan pemantauan hak asasi selepas Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, ketua de facto Sudan minggu lalu membubarkan kerajaan sejak Omar al-Bashir digulingkan pada 2019.

Michelle Bachelet memberitahu mesyuarat itu bahawa “pengambilalihan kuasa tentera di Sudan pada 25 Oktober 2021 amat mengganggu.”

Burhan menangkap pemimpin awam, termasuk Perdana Menteri Abdallah Hamdok, dan mengisytiharkan darurat.

Kebanyakan tahanan “tiada hubungan, tiada akses kepada peguam atau saudara mereka,” kata Bachelet.

“Semua mereka yang ditangkap perlu dibebaskan, dengan tujuan untuk memulakan dialog dan kembali kepada pemerintahan awam,” tambahnya.

Perebutan kuasa tentera menyebabkan bantahan antarabangsa dan protes besar-besaran di seluruh Sudan sehingga sekurang-kurangnya 13 orang awam maut dan lebih 300 cedera selepas pasukan keselamatan bertembung dengan penunjuk perasaan, kata Bachelet. – AFP, 5 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen