Empat maut insiden tembakan di Pennsylvania


Keluarga dan rakan mangsa tembakan di Ed Car Wash di Pennsylvania Amerika Syarikat berkumpul di tempat kejadian di mana empat terbunuh manakala seorang cedera parah. – Gambar AFP, 29 Januari, 2018.

EMPAT terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat mencuci kereta di sebuah pekan kecil di pinggir bandar Pennsylvania Amerika Syarikat pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Insiden berlaku di Ed Car Wash pada 3 pagi di Melcroft, kira-kira 80 kilometer tenggara Pittsburgh, kata polis.

Laporan awal polis mengatakan lima terbunuh dalam kejadian itu, sebelum memaklumkan mangsa kelima sebenarnya mengalami kecederaan parah dan terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Penyerang berumur dalam lingkungan 28 tahun, bersenjata senapang separuh automatik AR-15 dan 308 serta pistol 9mm.

Motif kejadian dipercayai daripada pertikaian antara penyerang dengan mangsa, menurut media tempatan. – Bernama, 29 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen