Rundingan kerusi selesai tetapi Abang Johari enggan ulas


Desmond Davidson

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg enggan ulas lanjut mengenai peruntukan kerusi yang dibincangkan gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 November, 2021.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) telah pun membincangkan peruntukan kerusi untuk empat parti komponennya namun pengerusi gabungan Abang Johari Openg enggan mengulas lanjut.

“Tak tergesa-gesa. Kami tak tergesa-gesa,” katanya sambil menyindir pembangkang yang menuduhnya tergesa-gesa memohon pembatalan lebih awal darurat di Sarawak supaya pilihan raya negeri dapat diadakan.

“Tunggu saja. DUN baru bubar saja.

“Sesetengah orang cakap kita tak perlu tergesa-gesa. Jadi kami pun tak tergesa-gesa,” katanya.

Pada pilihan raya 2016, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abang Johari diperuntukkan 39 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diberi 13, Parti Rakyat Sarawak (PRS) mendapat 11 dan Parti Demokratik Progresif (PDP) enam.

13 kerusi lagi diperuntukkan kepada parti mesra GPS iaitu Parti Rakyat Bersatu (UPP) selain diberikan kepada calon tanpa parti yang diletakkan sebagai calon langsung Barisan Nasional.

UPP sejak itu menukar namanya dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) serta parti pembangkang selepas itu dikeluarkan sebagai rakan GPS kerana tidak mesra.

PRS, yang presidennya James Masing meninggal dunia pada 31 Oktober, dikatakan parti yang tidak diperuntukkan sebarang kerusi lagi.

Timbalan presidennya Joseph Salang berkata peruntukan untuk PRS tetap sama.

PDP sebaliknya sedang mencari kerusi lebih banyak dengan presidennya, ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, pada Julai memberitahu portal Dayak Daily yang parti itu sedang memancing 10 kerusi.

Tiong dipetik sebagai berkata pengagihan itu harus “mengikut kebolehmenangan sesebuah parti di kawasan itu”.

Tiong juga mahukan “kerusi yang diambil (daripada kami)” dikembalikan, merujuk kepada kerusi Bekenu dan Batu Danau yang wakil rakyatnya kini menyertai PBB. – 5 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen