Dr Mahathir akan pikat undi Melayu untuk Pakatan, kata DAP


Gan Pei Ling

Setiausaha Organisasi Nasional DAP Anthony Loke dalam ceramahnya di Bentong malam tadi berkata Pakatan Harapan akan berusaha memenangi kerusi marginal untuk memudahkan laluan ke Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2018.

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad akan membawa undi Melayu di kerusi marginal kepada pakatan pembangkang, kata Setiausaha Organisasi Nasional DAP Anthony Loke.

Bercakap pada ceramah PH di Bentong lewat malam tadi, Loke berkata DAP sering berdepan kesukaran untuk mendekati pengundi Melayu di kawasan luar bandar susulan kempen Umno yang sering memomokkan parti itu sebagai cauvinis Cina.

Kita mesti menang di kerusi marginal seperti Bentong, Labis dan Cameron Highlands untuk meningkatkan peluang kita mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Contohnya, ada empat kerusi DUN di Bentong. Pada 2013, DAP menang tiga daripadanya tetapi kalah di Bentong.

“Satu lagi kerusi DUN milik Umno. Kami akan bawa Dr Mahathir ke situ,” kata Loke.

Pada pilihan raya lalu, kerusi Parlimen Bentong kekal milik MCA menerusi presidennya Liow Tiong Lai yang menewaskan calon DAP, Wong Tack dengan majoriti hanya 379 undi.

DAP mungkin meletakkan Wong sekali lagi di Bentong pada PRU14.

Pada PRU13, DAP menang DUN Bilut, Ketari dan Sabai, sementara Umno berjaya mempertahankan Pelangai, kerusi luar bandar disandang oleh Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob.

DAP melancarkan kempen di kawasan MCA, terutama di kerusi presiden Liow di Bentong dan timbalannya, Wee Ka Siong di Ayer Hitam, Johor. – 29 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • dah tu memang pembangkang takda bagi sumbangan atau apa2 kebajikan pn dekat org pedalaman terutama melayu yang tinggal pedalaman so macam mana dia nak tertarik

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan

  • dah tu memang pembangkang takda bagi sumbangan atau apa2 kebajikan pn dekat org pedalaman terutama melayu yang tinggal pedalaman so macam mana dia nak tertarik

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan