Mesir naikkan tol transit Terusan Suez


Mesir akan menaikkan tol transit di laluan air utama sebanyak enam peratus di Terusan Suez selepas mencatatkan rekod pendapatan cukai tahun lalu walaupun di tengah pandemik Covid-19. – Gambar EPA, 5 November, 2021.

PIHAK Berkuasa Terusan Suez, Mesir semalam berkata mereka akan menaikkan tol transit di laluan air utama sebanyak enam peratus selepas mencatatkan rekod pendapatan cukai tahun lalu walaupun di tengah pandemik Covid-19.

Kadar tol baharu itu akan dilaksanakan bermula Februari tahun depan tetapi kapal pelancong dan pembawa gas asli cecair (LNG) akan dikecualikan, kata Ketua Pihak Berkuasa Suze, Osama Rabie dalam satu kenyataan.

Pada Julai, pihak berkuasa berkata terusan itu mencatatkan rekod pendapatan sebanyak AS$5.4 bilion pada cukai tahun sebelumnya walaupun kesan pandemik koronavirus terhadap perdagangan dunia ditambah dengan sekatan enam hari oleh kapal kargo gergasi.

Merentasi Laut Merah dan Mediterranean, Terusan Suez menyumbang kira-kira 10% daripada perdagangan maritime global dan merupakan sumber mata wang asing yang sangat diperlukan untuk Mesir.

Hampir 17,000 bot menyeberangi Terusan Suez setakat tahun ini, menurut pihak berkuasa. – AFP, 5 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen