Sekali lagi Deepavali berlalu tanpa anak perempuan saya, kata Indira Gandhi


Noel Achariam

M. Indra Gandhi merasakan perayaan Deepavali tidak lengkap tanpa kehadiran anaknya Prasana Diksa yang masih hilang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 November, 2021.

DEEPAVALI tidak pernah lengkap bagi M. Indra Gandhi selagi kehilangan anak perempuannya Prasana Diksa yang hilang dikembalikan ke pangkuannya. 

Bekas guru tadika itu memberitahu The Malaysian Insight beliau tidak merayakan Pesta Cahaya Hindu yang meraikan kejayaan baik mengatasi jahat.

Beliau masih menanti keadilan; supaya bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah, yang mengambil Prasana ketika masih bayi dikesan, dan gadis itu kembali ke pangkuannya mengikut keputusan mahkamah.

“Kami tidak akan sambut apa-apa perayaan sampailah Prasana, yang kini berusia 13 tahun, dipulangkan. Sejak 13 tahun lalu, kami tidak sambut sebarang perayaan di rumah,” kata Indira Gandhi.

Indira Gandhi telah diberikan hak penjagaan Prasana selepas penukaran agama Islam secara unilateral oleh Riduan telah dibatalkan oleh mahkamah.

Riduan kini menjadi buruan kerana melanggar perintah Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2014 untuk mengembalikan Prasana, membawa kepada perintah mandamus oleh mahkamah yang memaksa Ketua Polis Negara (KPN) menangkapnya.

Pembatalan penukaran agama anak-anak Indira Gandhi - Prasana dan dua adik-beradik yang lebih tua - dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Tinggi pada Januari 2018 mengekalkan pembatalan penukaran agama oleh hanya seorang waris dan mengesahkan hak penjagaan kepada ibu.

Indira Gandhi kini menyaman bekas ketua polis negara (KPN) Abdul Hamid Bador sebanyak RM100 juta kerana gagal mengesan anak perempuannya.

Hamid, yang merupakan KPN dari Mei 2019 hingga bersara pada Mei tahun ini berkata beberapa kali beliau juga mahu keadilan untuk Indira Gandhi dan polis bekerja keras untuk mencari Riduan dan Prasana, yang disyaki oleh beberapa orang berada di selatan Thailand.

Hamid, bagaimanapun, mengakui mengetahui keberadaan Riduan dan berusaha melalui perantara, tetapi rumit untuk membawanya pulang rumit.

Ini menyebabkan Indira Gandhi memfailkan saman terhadap Hamid pada Oktober tahun lalu, mendakwa KPN ketika itu sengaja dan cuai mengabaikan perintah mandamus yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan, gagal menyiasat atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan Prasana.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 15 dan 16 Disember untuk mendengar saman terhadap KPN dan kerajaan.

Peguam Indira Gandhi Rajesh Nagarajan berkata mahkamah juga telah menetapkan 15 November untuk menyerahkan dokumen perbicaraan.

Ibu berusia 46 tahun itu berkata hasratnya adalah sama pada setiap Deepavali - supaya Prasana kembali untuk sambut perayaan itu.

“Kami amat berharap dengan adanya kerajaan baharu dan perdana menteri baharu (Ismail Sabri Yaakob), masalah saya sebagai ibu dapat diselesaikan dan Prasana dapat pulang ke tanah air.”

Pengerusi Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) Arun Dorasamy berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang dilantik sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada Ismail Sabri.

Arun berkata mereka akan menyampaikan memorandum kepada Azalina pada 12 November, meminta bantuannya agar perdana menteri menubuhkan pasukan petugas khas.

“Kami harap beliau boleh mohon perdana menteri tubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada bekas hakim, KPN dan pegawai Kementerian Dalam Negeri untuk mengesan Prasana.

“Kami perlu mencari penyelesaian kepada perkara ini. Kami amat berharap kerajaan akan tolong Indira dan Ingat sehingga Prasana ditemui.” – 5 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen