PRESIDEN Mexico Andres Manuel Lopez Obrador pada Rabu mengutuk peserta sidang kemuncak iklim PBB kerana perangai hipokrit mereka, menuduh ia gagal selesaikan punca krisis malah menayangkan mengenai jet peribadi mereka.
Tokoh perniagaan dan politik terkemuka dunia berkumpul di Glasgow minggu ini untuk COP26, bertujuan untuk memeterai perjanjian iklim baharu.
Namun pemimpin berhaluan kiri Mexico—juga dikenali sebagai AMLO—membandingkan sidang kemuncak itu dengan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, yang terkenal dengan golongan elit.
“Sidang kemuncak ini serupa di Davos,” kata Lopez Obrador—antara ketua negara yang memilih untuk tidak menghadiri COP26—menyifatkan hadirin WEF sebagai “teknokrat dan neoliberal.”
Negara paling berkuasa di dunia “meningkatkan pengeluaran bahan bakar mereka, pada masa sama mengadakan sidang kemuncak untuk lindungi alam sekitar,” katanya.
“Mereka tiba ke sidang dengan jet peribadi.”
“Cukuplah dengan perangai pura-pura. Kita mesti lawan ketidaksamaan besar-besaran yang wujud di dunia, itulah yang saya akan beritahu PBB.”
Lopez Obrador, yang hanya membuat sedikit perjalanan luar sejak memegang jawatan pada 2018, akan ke New York minggu depan ketika Mexico mengambil alih jawatan presiden Majlis Keselamatan PBB.
“Jika kita mahu lindungi alam sekitar, kita mesti buat keputusan, bertindak, dan bukan hanya bercakap,” katanya sambil memuji keputusan pengeluar minyak utama Mexico untuk melabur AS$1.3 bilion setahun untuk menyelamatkan hutan.
Program itu—dikenali sebagai “Sowing Life”—bertujuan untuk mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan menanam satu bilion pokok di 32 negeri Mexico. – AFP, 4 November, 2021.
Komen