Korea Selatan hantar 290,000 dos vaksin AstraZeneca ke Vietnam


Sebanyak 290,000 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca dihantar ke Vietnam hari ini oleh Korea Selatan sebagai tambahan kepada sumbangan awalnya sebanyak 1.1 juta dos bulan lepas. – Gambar EPA, 4 November, 2021.

KOREA Selatan menghantar 290,000 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca ke Vietnam hari ini sebagai tambahan kepada sumbangan awalnya sebanyak 1.1 juta dos bulan lepas, menurut Kementerian Luar. 

Pesawat membawa vaksin itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, barat Seoul, pada awal Khamis dan dijadual tiba di Vietnam pada hari yang sama, lapor Agensi Berita Yonhap.

Vietnam adalah rakan dagangan utama Korea Selatan, kira-kira 9,000 syarikat perniagaan dan seramai 156,000 rakyat Korea tinggal di negara ini. – Bernama, 4 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen