EMPAT individu yang dituduh mengebom perhimpunan pilihan raya 2013 untuk Perdana Menteri India Narendra Modi sudah dijatuhi hukuman mati dengan dua lagi dipenjarakan seumur hidup susulan serangan maut berkenaan.
Satu siri letupan menggegarkan sebuah taman di timur bandar Patna tidak lama sebelum pemimpin pembangkang Modi dijadual berucap di hadapan orang ramai yang berkumpul untuk kempen pilihan raya.
Serangan itu turut menyasarkan stesen kereta api berhampiran yang membunuh enam orang dan mencederakan hampir 100 yang lain.
Agensi Penyiasatan Kebangsaan, pihak berkuasa anti-keganasan utama negara berkata pada Isnin bahawa tertuduh kesemuanya daripada kumpulan Pelajar Islam India yang diharamkan.
Pendakwa raya Lalan Kumar Sinha memberitahu AFP kumpulan itu disabitkan hukuman pada Isnin kerana bersubahat untuk “melancarkan perang melawan kerajaan”.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh dan 10 tahun ke atas tiga lagi yang terlibat dalam pengeboman berkenaan. – AFP, 4 November, 2021.
Komen