PENGGUBAH lagu dan penyanyi pop dari Britain, Ed Sheeran memenangi anugerah Grammy kali ketiga bagi kategori Album Vokal Pop Terbaik menerusi album bertajuk Divide.
Divide menewaskan calon lain termasuk bintang pop terkenal, Lady Gaga dan kumpulan rock Coldplay.
Sheeran, 26, calon pilihan bagi kategori itu susulan pencapaiannya sebelum ini dan kejayaan diraih termasuk status sebagai artis pilihan ramai dalam aplikasi muzik Spotify.
Dalam perkembangan terbaru yang dianggap kejutan dan peralihan zaman untuk arena muzik Amerika Syarikat, rentak hip hop buat pertama kalinya mendominasi pencalonan.
Album Divide menampilkan beberapa lagu yang menjadi pujaan ramai termasuk lagu rancak “Shape of You”, lagu rock “Castle on the Hill” dan lagu romantik balada, “Perfect”.
Sheeran bagaimanapun tidak hadir untuk menerima anugerah itu yang disampaikan pada satu majlis sebelum acara kemuncak Anugerah Grammy. – AFP, 29 Januari, 2018.
Komen