SEORANG aktivis Hong Kong berusia 20 tahun berdepan hukuman penjara seumur hidup pada Rabu selepas menjadi orang termuda yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan nasional di bandar itu.
Namun beliau memberitahu mahkamah yang “tiada apa yang perlu dimalukan”.
Tony Chung mengaku bersalah bagi memisahkan diri dalam kes keempat untuk dibicarakan di bawah undang-undang baharu yang menyeluruh, yang digunakan pihak berkuasa untuk menghapuskan perbezaan pendapat di bandar separa autonomi China itu.
“Saya tidak ada apa-apa yang perlu dimalukan,” kata Chung di mahkamah ketika membuat pengakuan.
Hakim Stanley Chan kemudiannya dengan segera memberi amaran kepada Chung bahawa tiada perbincangan mengenai politik akan dibenarkan di dalam kamar mahkamah.
Chung merupakan bekas pemimpin Student Localism, sebuah gerakan kecil yang menyokong kemerdekaan Hong Kong daripada China.
Kumpulan itu diasaskan pada 2016 dan membubarkan rangkaian Hong Kongnya sejurus sebelum Beijing mengenakan undang-undang keselamatan pada 2020, tetapi ia mengekalkan cawangan luar negaranya.
Pihak pendakwaan berkata kumpulan itu menyokong supaya Hong Kong “menyingkirkan pemerintahan kolonial Komunis China” dan “membina sebuah republik Hong Kong”.
Mereka menyebarkan mesej melalui media sosial, gerai jalanan, menyeru orang ramai menyertai protes dan menjual barangan dengan mesej kemerdekaan.
Pendakwa raya berkata kumpulan itu mengeluarkan rayuan kepada Amerika Syarikat untuk meluluskan undang-undang yang mengenakan sekatan ke atas Hong Kong dan China.
Organisasi itu juga menentang pengajaran bahasa Mandarin, bentuk bahasa Cina yang biasa digunakan di seluruh tanah besar, di sekolah-sekolah Hong Kong, mahkamah mendengar.
Chung juga disabitkan dengan pertuduhan pengubahan wang haram pada Rabu dan sebagai pertukaran pihak pendakwaan bersetuju untuk menangguhkan pertuduhan menghasut serta pertuduhan pengubahan wang haram kedua, yang kedua-duanya beliau mengaku tidak bersalah. – AFP, 3 November, 2021.
Komen