Sekali lagi, Ronaldo selamatkan Manchester United


Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penyamaan yang menyelamatkan Manchester United dalam Liga Juara-Juara dengan keputusan seri 2-2 berdepan Atalanta di Itali. – Gambar EPA, 3 November, 2021.

CRISTIANO Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol penyamaan di hujung permainan bagi menyelamatkan Manchester United dalam Liga Juara-Juara sebentar tadi ketika bekas kelabnya Juventus dan Bayern Munich mara ke kelompok 16 terakhir.

Ronaldo menjaringkan gol dari dalam kotak penalti pada masa kecederaan bagi memberikan United keputusan seri 2-2 berdepan Atalanta di Itali dan di laluan tepat untuk mara dari Kumpulan F.

Terdahulu penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan itu menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama berikutan jaringan awal Josip Ilicic.

Bagaimanapun selepas kehilangan Raphael Varane kerana kecederaan, United ketinggalan sekali lagi pada minit ke-56 apabila Duvan Zapata melarikan bola dan mengatasi Harry Maguire sebelum melakukan jaringan.

Gol itu pada awalnya tidak diberikan kerana ofsaid sebelum dibenarkan selepas melihat rakaman VAR namun Ronaldo menjaring gol penyamaan yang juga kesembilan dalam 11 penampilan sejak kembali ke Old Trafford dan ke-139 dalam kejohanan ini.

“Kami percaya hingga penamat. Saya membantu pasukan saya mendapatkan satu mata. Kami tidak pernah berputus asa, saya rasa ia keputusan yang baik untuk kami,” kata Ronaldo. – AFP, 3 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen