Iran dakwa berjaya halang lanun serang kapal tangkinya


Seperti negara lain yang bergantung kepada laluan perkapalan melalui Laut Merah dan Terusan Suez, Iran meningkatkan kehadiran tentera lautnya di Teluk Aden selepas gelombang serangan oleh lanun yang berpangkalan di Somalia antara 2000 dan 2011. – Gambar EPA, 2 November, 2021.

LANUN cuba merampas sebuah kapal tangki minyak Iran di Teluk Aden dalam kejadian kedua seumpama itu dalam dua minggu, lapor agensi berita ISNA Iran pada Selasa.

Kapal itu menuju ke arah selat Bab al-Mandeb di pintu masuk Laut Merah apabila enam lanun yang membawa empat kapal cuba merampas, sekali gus mengundang tembakan amaran oleh tentera laut Iran, kata ISNA.

Ia adalah insiden kedua membabitkan kapal Iran dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas lanun menyerang konvoi dua kapal pada 16 Oktober lepas

Seperti negara lain yang bergantung kepada laluan perkapalan melalui Laut Merah dan Terusan Suez, Iran meningkatkan kehadiran tentera lautnya di Teluk Aden selepas gelombang serangan oleh lanun yang berpangkalan di Somalia antara 2000 dan 2011.

Namun bilangan serangan telah menurun secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP, 2 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen