Ajar Bumiputera bersaing di peringkat global, kata ahli Parlimen


Chan Kok Leong Mohd Farhan Darwis

Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing berkata Teraju mesti mempunyai rancangan bagaimana untuk membantu Bumiputera bersaing di pasaran global. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2021.

UNIT Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) sepatutnya giat membantu usahawan Bumiputera bersaing di peringkat global, kata Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing.

Beliau berkata sudah tiba masanya Bumiputera berhenti ‘disuap’ atau dimanjakan, sebaliknya berdikari.

“Ajar Bumiputera bagaimana mereka boleh berdiri sendiri dan berdepan dengan cabaran pasaran global.

“Kita jangan cuma ajar bagaimana berdepan cabaran pasaran tempatan,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

“(Teraju) mesti ada satu rancangan jangka panjang dan pendek bagaimana mahu membantu Bumiputera,” katanya. 

Teraju berada di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan diketuai oleh Md Silmi Abd Rahman. – 2 November, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen