GEMPA bumi dengan magnitud 6.2 menggegarkan wilayah barat Sumatera Utara Indonesia awal Selasa, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi meteorologi dan geofizik itu.
Gempa itu berlaku pada 00:04 pagi Selasa Waktu Jakarta (1704 GMT Isnin) dengan pusat gempa berada 130 kilometer (km) barat daya daerah Nias Barat dan pada paras 16 km di bawah dasar laut, menurut Xinhua.
Gegaran gempa dirasai pada tahap III hingga IV Skala Mercalli di daerah itu, daerah Nias Selatan dan daerah Nias Utara di wilayah itu, serta pulau Mentawai yang terletak berdekatan wilayah Sumatera Barat. – Bernama, 2 November, 2021.
Komen