12 cedera, 2 kereta api berlanggar di UK


Sekurang-kurangnya 12 cedera selepas dua kereta api berlanggar di Salisbury, England semalam, kata polis. – Gambar fail EPA, 1 November, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA 12 cedera selepas dua kereta api berlanggar di Salisbury, England semalam.

“Beberapa orang cedera namun syukur tiada mangsa yang meninggal dunia,” tulis Polis Pengangkutan British di Twitter lapor Agensi Anadolu.

Kejadian berlaku selepas sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Portsmouth ke Bristol Temple Meads tergelincir sebelum dirempuh sebuah lagi kereta api yang menuju ke Honiton dari stesen London Waterloo, menurut kenyataan Network Rail.

Sementara itu Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Dorset dan Wiltshire menyatakan seramai 50 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian. – Bernama, 1 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen