Ulama tertinggi Taliban buat penampilan umum pertama


Haibatullah Akhundzada telah menjadi ketua ulama gerakan Islam itu sejak 2016 tetapi kekal sebagai tokoh yang tidak menonjolkan diri, walaupun selepas Taliban merampas Afghanistan. – Gambar AFP, 31 Oktober, 2021.

ULAMA tertinggi Taliban Haibatullah Akhundzada berucap kepada penyokong di Kandahar dalam penampilan pertamanya di khalayak ramai sejak mengambil alih kumpulan itu pada 2016, umum para pegawai pada Ahad..

Akhundzada telah menjadi ketua ulama gerakan Islam itu sejak 2016 tetapi kekal sebagai tokoh yang tidak didedahkan, walaupun selepas Taliban merampas Afghanistan.

Profil tidak tonjolkan dirinya itu telah menimbulkan spekulasi mengenai peranannya dalam kerajaan baharu Taliban, yang ditubuhkan selepas kumpulan itu menguasai Kabul pada pertengahan Ogos—malah wujud khabar angin mengenai kematiannya.

Pada Sabtu, beliau melawat madrasah Darul Uloom Hakimah untuk “bercakap dengan tentera dan pengikutnya yang berani”, menurut pengenalan kepada rakaman audio yang diedarkan oleh akaun media sosial Taliban.

“Semoga Allah memberi ganjaran kepada rakyat Afghanistan yang tertindas yang memerangi orang kafir dan penindas selama 20 tahun,” kata Akhundzada, dalam rakaman itu. “Niat saya di sini adalah supaya kita saling doa mendoakan sesama kita”.

Dalam rakaman 10 minit itu, beliau mendoakan para anggota Taliban, yang cedera dan kejayaan para pegawai yang terlibat dalam “ujian besar” untuk membina semula apa yang mereka panggil Emiriah Islam Afghanistan.

“Mari kita berdoa agar kita dapat keluar dari ujian besar ini dengan jayanya. Semoga Allah membantu kita terus kuat,” katanya.

Terdapat kawalan keselamatan yang ketat pada majlis itu dan tiada gambar atau video telah muncul.

Akhundzada dirujuk sebagai “Amirul Mukminin”, komander yang beriman, pangkat yang diberikan kepada mendiang pengasas Taliban Mullah Omar oleh penyokongnya.

Akhundzada dianggap telah dipilih untuk berkhidmat lebih sebagai tokoh rohani berbanding komander tentera, tetapi kenyataan umum luar biasa beliau mencetuskan spekulasi yang beliau kini merancang untuk mengambil peranan yang lebih penting dalam memimpin kerajaan baharu. – AFP, 31 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen