JUMLAH kes Covid-19 di India meningkat kepada 34,260,470 pada Sabtu, apabila 14,313 lagi kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, memetik data terkini kementerian kesihatan persekutuan.
Selain itu, 549 lagi kematian direkodkan sejak pagi Jumaat, menjadikan jumlah korban seramai 457,740, lapor Agensi Berita Xinhua.
Sebanyak 471 kematian dilaporkan di Kerala.
“Lebih 70 peratus kematian adalah disebabkan komorbiditi,” menurut kementerian itu.
Sebanyak 33,641,175 pesakit sembuh dengan yang terbaharu seramai 13,543 dibenarkan keluar dari hospital. – Bernama, 30 Oktober, 2021.
Komen