Ganja buahkan rezeki lebih buat petani di Afghanistan


Kemenangan Taliban sekurang-kurangnya telah menamatkan satu bentuk cukai berganda, di mana pemberontak dan bekas kerajaan kedua-duanya mengambil potongan keuntungannya. – Gambar AFP, 30 Oktober, 2021.

KERAJAAN Taliban Afghanistan telah beikrar untuk membanteras perdagangan dadah yang sebahagian besarnya mencetuskan kejayaan pemberontakan mereka.

Namun setakat ini tiada apa yang berubah untuk petani ganja seperti Ghulam Ali, yang tanamannya setinggi kepala dan seluas lapan ekar dipinggir Kandahar.

Ladang itu terletak di jalan utama melalui daerah Panjwai, timur laut bandar, dengan tumbuh-tumbuhan hijau gelap yang baunya boleh dikenali dari jauh.

“Kami dapat manfaat daripadanya lebih daripada mana-mana tanaman atau buah-buahan lain,” kata Ali kepada AFP.

“Saya ada pilihan untuk tanam benda lain, tetapi popi perlu lebih banyak pelaburan, lebih banyak bahan kimia untuk lindungi tumbuhan daripada penyakit.”

Di bawah kerajaan terdahulu yang disokong Amerika Syarikat, yang digulingkan oleh Taliban pada Ogos, petani hashish membayar pegawai tempatan levi sebanyak 3,000 rupee Pakistan (AS$17) untuk sekilo.

“Ia bukan sesuatu yang rasmi, hanya cukai yang perlu kami bayar. Jika tidak mereka boleh musnahkan ladang kami,” kata Ali.

Batu bata hashish itu dijual kepada pengedar dengan harga antara 10,000 dan 12,000 rupee sekilo (AS$60). – Gambar AFP, 30 Oktober, 2021.

Keluarga Ali menukar ladang jagung kepada ganja pada tahun 2000, sejurus sebelum berakhirnya rejim Taliban sebelum ini.

Kira-kira 20 saudara mara tinggal di ladang miliknya. Mereka tidak kaya, tetapi anak-anak pergi ke sekolah dan kehidupan selesa mengikut piawaian luar bandar Afghanistan.

Bila sibuk, mereka upah pekerja luar bantu membawa hasil tuaian.

Bulan depan, tumbuhan akan diayak, ditekan dan dipanaskan untuk mengeluarkan minyak, yang kemudiannya diubah menjadi pes hashish hitam-hijau untuk dijual dan dieksport.

Batu bata hashish itu dijual kepada pengedar dengan harga antara 10,000 dan 12,000 rupee sekilo (AS$60).

Ali tahu penyeludup akan menjualnya pada harga dua kali ganda di Iran, Pakistan atau India, tetapi dia berharap untuk buat keuntungan sebanyak 3,000 rupee sekilo.

Semua ini walaupun Taliban, pernah menjadi tentera bayangan di rantau ini dan kini pentadbiran tempatan, secara rasmi menentang perdagangan dadah.

Yussef Wafa, seorang mullah dan gabenor Kandahar di bawah kerajaan Taliban memberitahu AFP orang-orangnya telah menangkap 1,000 “penagih” pada bulan lepas.

Di bawah kerajaan terdahulu yang disokong Amerika Syarikat, yang digulingkan oleh Taliban pada Ogos, petani hashish membayar pegawai tempatan levi sebanyak 3,000 rupee Pakistan (AS$17) untuk sekilo. – Gambar AFP, 30 Oktober, 2021.

“Kami cuba kalahkan popia dan hashish dan kami cuba halang orang ramai daripada menjual, seludup,” katanya dalam satu wawancara.

“Dan kami tidak akan benarkan petani menanamnya.”

Walau apa pun rancangannya, Ali kekal optimis.

Kemenangan Taliban sekurang-kurangnya telah menamatkan satu bentuk cukai berganda, di mana pemberontak dan bekas kerajaan kedua-duanya mengambil potongan keuntungannya.

“Mereka berada di sini di seberang jalan,” katanya kepada AFP di ladang itu, merujuk kepada Taliban. “Tetapi mereka tidak mahu apa-apa daripada kami.” – AFP, 30 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen