KABINET memutuskan mana-mana syarikat pengeluaran dilarang untuk mengeluarkan produk dengan nama yang boleh mencetuskan keresahan rakyat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata, larangan itu termasuklah pengeluaran produk sama ada berkaitan bangsa atau agama.
“Apa sahaja isu agama orang letak pada kita, termasuk isu Timah, saya nak hampar berita gembira, kita adakan pertemuan menteri agama, menteri KPDNK, termasuk kementerian perpaduan, kita panggil syarikat keluarkan arak itu dan kita nyatakan bantahan
“Kabinet buat keputusan tidak boleh lagi mana-mana pengeluaran yang boleh menimbulkan keresahan rakyat termasuk dalam konsep bangsa atau agama. Ini polisi,” kata Tuan Ibrahim.
Timbalan presiden PAS itu berkata demikian ketika berucap di Muktamar Pemuda PAS di Port Dickson, hari ini.
“Hasil kita buat kita bantah, mereka nak guna isu itu serang PAS tapi sebaliknya menyerang mereka balik,” kata Tuan Ibrahim lagi.
Penyokong PAS mula mempersoalkan nama wiski itu di media sosial beberapa minggu lepas, menuduh orang bukan Islam sengaja mengelirukan orang Islam kerana “Timah” berbunyi seperti singakatan kepada “Fatimah”, nama anak perempuan Nabi Muhammad. – 30 Oktober, 2021.
MENYUSUL
Komen