Tentera, puak pemisah bertempur di Yaman 


Pertempuran itu menyebabkan tujuh ahli pasukan keselamatan pemisah dan empat orang awam yang menyokong kumpulan pemisah itu tercedera.– Gambar EPA, 28 Januari, 2018.

PERTEMPURAN tercetus di ibu negara sementara Yaman, Aden pada Ahad antara pasukan tentera dan pasukan penyokong pemisah yang mahukan kemerdekaan di selatan negara itu, kata sumber pasukan keselamatan dan perubatan.

Puak pemisah sudah sejak sekilan lama mahukan pemisahan selatan Yaman, merupakan sebuah negara merdeka sebelum 1990. 

Pertempuran pada Ahad itu tercetus antara tentera kerajaan dan pasukan keselamatan yang setia dengan gerakan pemisah selepas pemberontak cuba memasuki selatan bandar pelabuhan itu, kata sumber pasukan keselamatan. 

Sumber perubatan pula berkata, pertempuran itu menyebabkan tujuh ahli pasukan keselamatan pemisah dan empat orang awam yang menyokong kumpulan pemisah itu tercedera.

Unit tentera yang setia kepada kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi dikerahkan ke kebanyakan kawasan di Aden ketika ketegangan memuncak, kata sumbeer pasukan keselamatan.

Aden menjadi pangkalan sementara kerajaan Hadi yang disokong Arab Saudi berikutan pemberontak mengawal ibu negara Sanaa sejak tiga tahun lalu. 

Pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi mula camtur tangan pada 2015 untuk menyokong kerajaan Hadi dalam perjuangannya menentang pemberontak Huthi. 

Di sebalik protes yang dirancang, pakatan itu meminta keamanaan dan pelucutan semua komponen sosial dan politik Yaman.

Ia menggesa semua pihak untuk “mematuhi dialog kemanan”, menurut kenyataan yang dilaporkan agensi berita Arab Saudi SPA. – AFP, 28 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen