Bajet tumpu isu kemiskinan haid buat pertama kali


BUAT pertama kalinya, bajet kali ini memberi penekanan mengenai isu kemiskinan haid. 

Seramai 130,000 remaja wanita B40 akan menerima kit asas kebersihan diri percuma setiap bulan. 

Saya mengharapkan semua wanita B40 terutama pelajar sekolah akan menerima bantuan bulanan tuala wanita percuma bagi membasmi isu ponteng sekolah kerana tidak mampu beli tuala wanita dan mengandung dengan kerap, juga kerana tidak mampu beli tuala wanita.

Ya, ini dua isu biasa bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu kemiskinan haid. Jadi pemberian kepada hanya 130,000 remaja bukanlah penyelesaian kepada masalah ini.

Tetapi merupakan satu inisiatif yang baik untuk permulaan basmi kemiskinan haid. Semoga dilaksanakan secara menyeluruh dan telus.

Perjuangan Pejuanita Muda untuk isu kemiskinan haid tidak akan berhenti. Kita akan pantau dan kritik sejauh mana ia dilaksanakan. – 29 Oktober, 2021. 

* Dr Nurul Ashikin Mabahwi, ketua Pejuanita Muda.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen