Taiwan tiada hak untuk sertai PBB, kata China 


CHINA menegaskan bahawa Taiwan tiada hak untuk menyertai Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selepas Amerika Syarikat menggesa agar kepulauan demokratik itu diberi penglibatan lebih luas dalam badan dunia berkenaan.

Dalam kenyataan sempena 50 tahun sejak Perhimpunan Agung PBB mengundi untuk melantik Beijing dan keluarkan Taipei, Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata beliau kesal Taiwan disisihkan dari pentas dunia. 

“Ketika masyarakat antarabangsa berdepan banyak isu runit dan kompleks yang belum pernah berlaku, ianya penting untuk semua pihak berkepentingan membantu mengatasi masalah ini. Ini termasuk 24 juta penduduk yang tinggal di Taiwan,” kata Blinken. 

“Penyertaan yang bermakna oleh Taiwan ke dalam sistem PBB bukan satu isu politik, tetapi ianya pragmatik.

“Ini caranya kita menggalakkan semua negara ahli PBB untuk sertai kami sokong Taiwan, penyertaan bermakna menerusi sistem PBB dan masyarakat antarabangsa.”

China menganggap Taiwan sebagai wilayah yang menunggu untuk penyatuan semula, secara paksa jika perlu. 

Ia menjawab kenyataan Blinken dengan tegas, walaupun biasa, kenyataan yang menegaskan pendiriannya bahawa kerajaan Taiwan tidak mempunyai tempat di peringkat diplomatik global.

“Taiwan tiada hak untuk sertai PBB,” kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan di Beijing, Ma Xiaoguang. 

“PBB adalah badan dunia yang terdiri daripada negara berdaulat…Taiwan adalah sebahagian daripada China.”

Amerika Syarikat telah menggesa penyertaan Taiwan dalam aktiviti PBB sejak sekian lama. – AFP, 27 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen