KOREA Selatan memutuskan untuk mengadakan majlis pengebumian negara buat mendiang bekas presiden Roh Tae Woo, kata Perdana Menteri Kim Boo Kyum hari ini.
Kim ketika mendedahkan keputusan itu semasa mesyuarat Kabinet berkata bahawa Roh memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara sebagai presiden penggal ke-13, lapor Agensi Berita Yonhap.
“Bersama anggota Kabinet, saya mengucapkan takziah atas pemergian bekas presiden Roh Tae-woo dan menyampaikan simpati saya kepada ahli keluarganya,” kata Kim.
“Kerajaan akan mengadakan pengebumian negara dan mengaturnya dengan penuh hormat supaya orang ramai dapat memberi penghormatan kepada sumbangan beliau.”
Keputusan itu dibuat ketika pejabat presiden Cheong Wa Dae (Rumah Biru) menghadapi dilema mengenai bentuk penghromatan yang perlu diberikan kepada Roh, jeneral terakhir negara yang menjadi presiden dan dituduh terlibat dalam rampasan kuasa dan tindakan kejam terhadap kebangkitan pro-demokrasi. – Bernama, 27 Oktober, 2021.
Komen